PEMAIN golf AS, Nelly Korda tidak letak harapan tinggi apabila kembali bertanding selepas pembedahan darah beku di lengan kiri. FOTO REUTERS
PEMAIN golf AS, Nelly Korda tidak letak harapan tinggi apabila kembali bertanding selepas pembedahan darah beku di lengan kiri. FOTO REUTERS
AFP

Washington: Pemain golf nombor dua dunia, Nelly Korda berkata, dia tidak sabar melakukan tee pertama di Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS), Khamis ini, selepas kembali ke kejohanan pertama dalam tempoh empat bulan akibat masalah darah beku.

Juara Sukan Olimpik berusia 23 tahun itu berehat seketika pada Februari lalu selepas mendapati ada darah beku di lengan kirinya.

Korda menikmati pencapaian hebat pada 2021 apabila menduduki ranking nombor satu dunia selepas memenangi empat gelaran LPGA, selain pingat emas Sukan Olimpik Tokyo.

Tetapi, pada ketika pemain AS itu menyatakan dia kini cergas 100 peratus selepas pembedahan, dia mahu mengurangkan harapan apabila bertanding di Pine Needles Golf Club di North Carolina.

"Mampu melakukan tee pertama pada Khamis ini adalah apa yang saya harapkan," kata Korda ketika ditanya mengenai harapannya pada minggu ini.

"Saya tidak bertanding sejak awal Februari. Sejujurnya, saya gembira dapat ke luar dan bertanding semula.

"Saya akan melakukan satu langkah pada satu masa dan tidak meletakkan harapan tinggi. Pemain lain berada pada pertengahan musim dan sudah bertanding di banyak kejohanan."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2022 @ 11:18 AM