AKSI Syaiful pagi ini. FOTO MSN
AKSI Syaiful pagi ini. FOTO MSN
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Perenang negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli mengubat kekecewaan semalam apabila mara ke peringkat akhir acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) pada hari kedua acara renang dipertandingkan.

Syaiful menamatkan saingan di kedudukan ketiga saringan pertama dengan catatan 1 minit 16.33 saat (s) di Pusat Akuatik Tokyo.

Catatan itu meletakkannya di kedudukan ketujuh keseluruhan yang mana lapan perenang terbaik mara ke peringkat akhir.

Dalam saingan itu juara bertahan dari Brazil, Daniel de Faria Dias menamatkan aksi di tempat pertama selepas merekodkan 1:13.02s manakala pemenang perak 200m gaya bebas lelaki (S5) semalam Antoni Ponce Bertran dari Sepanyol, di tempat kedua 1:13.33s.

Saingan akhir dijangka berlangsung pukul 5 petang ini (4 petang waktu Malaysia). Semalam penyertaan Syaiful dalam acara 200m gaya bebas dibatalkan selepas melakukan kesilapan teknikal dengan menampal pita pelekat di bahunya kirinya bagi menutup kecederaan bisul.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 9:36 AM