JALIL (dua dari kiri)  menyambut kepulangan perenang negara kelahiran Sarawak, Welson  dari Singapura.
JALIL (dua dari kiri) menyambut kepulangan perenang negara kelahiran Sarawak, Welson dari Singapura.
Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Perenang Sarawak Welson Sim mahu menyamai rekod negara yang pernah dilakukan Lim Keng Liat apabila meletakkan sasaran mara ke separuh akhir acara 200m gaya bebas di Olimpik Rio pada Ogos ini.

Welson dilihat berpeluang cerah melakukannya apabila dia ini berada dalam kelompok 11 perenang terbaik dunia selepas melakukan catatan 1 minit 47.67 saat untuk melepasi had kelayakan 1:47.97s acara 200m.

Bagaimanapun ia bukan satu yang mudah buat dirinya kerana cabaran sengit membabitkan ramai perenang berwibawa dan memiliki susuk tubuh lebih besar.

Selain berhasrat untuk mara ke separuh akhir Welson berkata, sudah pasti dia mahu melakarkan impak iaitu memperbaiki catatan terbaik peribadi dan rekod kebangsaan.

“Saya sasarkan untuk kedua-dua acara namun hanya 200m di Olimpik menawarkan aksi separuh akhir manakala dalam acara 400m hanya membabitkan saringan dan akhir jadi ia agak sukar bagi saya.

“Jadi jika berjaya ke separuh akhir dalam acara 200m , itu bonus buat saya,” katanya.

Sementara itu pengalaman banyak mengajar Welson erti sebenar sebuah pertandingan.

Kecewa di Kejohanan Dunia tahun lalu di Kazan, Russia kerana gagal mengawal perasaan gementar, atlet berusia 19 tahun itu membuktikan dia sebenarnya mampu bergelar seorang perenang terbaik negara.

Nama Welson mula meniti di bibir peminat sukan tempatan apabila melakarkan sejarah dalam sukan renang apabila menjadi perenang pertama negara berjaya melayakkan diri dalam dua acara secara merit.

Turut memberi pujian bekas perenang legenda renang negara, Alex Lim Keng Liat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 7:53 AM