ATLET gimnastik terbaik Jepun, Kohei. FOTO AFP
ATLET gimnastik terbaik Jepun, Kohei. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Dia adalah atlet gimnastik Jepun yang mempunyai senyuman manis akan menyertai Olimpik keempatnya dan menjanjikan persembahan berbeza dari "King" Kohei Uchimura.

Atlet berusia 32 tahun itu melakar namanya dalam sejarah Olimpik di Rio pada 2016 menjadi atlet lelaki pertama dalam tempoh 44 tahun mempertahankan kejuaraan dalam acara keseluruhan.

Dia turut mengetuai skuad Jepun meraih emas di Brazil, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang atlet paling dihormati di negaranya.

Di sebalik status seorang atlet dan dari sudut pandangan yang berbeza, sebagai pencinta coklat, bermain Pokemon Go turut membuatkan dia digilai ramai peminat di Jepun dan dianggap atlet gimnastik terbaik.

Namun kecederaan di bahu memaksa Kohei melakukan sesuatu di Olimpik Tokyo kali ini dan pastinya akan menjadi yang terakhir bagi dirinya.

Mula terbabit dalam sukan itu sejak berusia tiga tahun, dia tidak akan lagi mempertahankan gelaran dalam acara individu keseluruhan dan hanya akan beraksi dalam acara palang sejajar.

Keinginannya untuk memenangi lebih banyak emas masih kuat namun tiada apa yang boleh disasarkan selain memberi fokus kepada pesaing.

"Jika saya memberi persembahan terbaik di sini ia mungkin sukar untuk berada di kemuncak ketika Olimpik.

"Lebih baik melakukan sedikit kesilapan untuk membuatkan anda terus berusaha keras di Olimpik nanti," katanya yang melayakkan diri ke Olimpik selepas beraksi di Kejohanan Keseluruhan Apparatus Jepun Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 2:56 PM