PIMPIN Jepun raih pingat emas acara berpasukan.
PIMPIN Jepun raih pingat emas acara berpasukan.
AFP

Rio de Janeiro: Kohei Uchimura melengkapkan koleksi pingat gimnastik apabila memimpin Jepun memenangi pingat emas acara berpasukan sambil Russia kembali ke podium buat kali pertama sejak 2000 untuk meraih perak.

Bagaimanapun juara bertahan dua kali, China sekadar meraih gangsa pada saingan yang cukup mendebarkan di Arena Olimpik Rio.

Uchimura yang berusia 27 tahun itu sudah memenangi emas individu keseluruhan di London 2012 dan 10 pingat Kejohanan Dunia termasuk enam pingat individu berturut-turut.

Namun, di sebalik keunggulannya dalam acara individu, gimnas yang mendapat gelaran ‘King Kohei’ itu hanya meraih dua perak di belakang China pada edisi 2008 dan 2012.

“Kami bekerja keras untuk meraih kejayaan ini. Ini acara yang saya benar-benar mahu menang emas,” kata Uchimura.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 7:11 AM