WOODS dikatakan memandu secara laju. FOTO AFP
WOODS dikatakan memandu secara laju. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Tiger Woods memandu dengan kelajuan tidak selamat hampir dua kali ganda daripada had dibenarkan ketika dia terbabit dengan kemalangan di California, Februari lalu, kata Sheriff Los Angles, hari ini.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) Woods dipandu melebihi 140 kilometer sejam sebelum dia terbabas dari jalan dan berpusing beberapa kali ketika insiden kemalangan di Ranchos Palos Verdes.

Ia sekali gus menyaksikan pemenang 15 kejuaraan utama itu mengalami kecederaan serius di bahagian kaki kanan.

"Punca utama kemalangan ini adalah memandu dengan kelajuan tidak selamat untuk keadaan jalan raya seperti itu selain kegagalan mengawal kenderaan di selekoh," Alex Villanueva.

"Had laju di kawasan pertama kemalangan itu adalah 135km hingga 140km sejam. Tidak ada tanda-tanda lain atau bukti gangguan lain ketika dia sedang memandu."

Woods secara sukarela membenarkan hasil daripada siasatan itu dikongsikan bersama orang ramai.

Woods, 45, mungkin secara tidak sengaja menekan pedal minyak dan bukannya brek selepas hilang kawalan, kata kapten, James Powers meskipun Woods sendiri tidak mengingati insiden itu.

Kedua-dua pegawai berkata pemain golf itu tidak diberikan layanan istimewa dan dia tidak didakwa kerana memandu dengan laju kerana tiada saksi atau polis ketika itu.

"Kemalangan itu akan disiasat lebih lanjut jika terdapat kecederaan dan kematian membabitkan individu lain," kata Powers.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 9:30 AM