KEADAAN kereta yang dipandu Woods. FOTO EPA
KEADAAN kereta yang dipandu Woods. FOTO EPA
AFP

Los Angeles: Bintang golf Amerika Syarikat (AS), Tiger Woods dikejarkan ke hospital selepas terbabit dengan kemalangan yang menyaksikan keretanya mengalami kerosakan teruk, kata Jabatan Polis Los Angeles.

Woods yang memandu bersendirian, berjaya di keluarkan oleh anggota bomba serta paramedik dan mengalami beberapa kecederaan di bahagian kaki, kata ejen pemain itu kepada media.

"Dia kini menjalani pembedahan dan kami berterima kasih atas sokongan anda," kata kata Mark Steinberg.

Woods dikejarkan di sebuah hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

Kemalangan berhampiran Los Angeles itu tidak membabitan kenderaan lain.

Tiger Woods. FOTO AFP
Tiger Woods. FOTO AFP

Imej televisyen menunjukkan kereta itu berada di atas rumput di tepi jalan dan bahagian depannya rosak teruk.

Woods, seorang daripada pemain golf paling berjaya di dunia, menang 15 kejuaraan utama.

Dia baru-baru ini menjalani pembedahan belakang buat kali kelima dan berkata belum pasti boleh bermain pada Kejuaraan Masters yang kali terakhir dimenangi pada 2019.

Menurut laporan TMZ, bintang berusia 45 tahun itu berada di kawasan itu untuk menghadiri kejohanan Genesis Invitational di Riviera Country Club.

"Kami sudah dimaklumkan mengenai Tiger Woods yang mengalami kemalangan kereta hari ini," kata Pesuruhjaya Jelajah PGA, Jay Monahan dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 8:39 AM