Tsubasa Kajitani menjulang piala kejuaraan Augusta National Amatur Wanita. FOTO AFP
Tsubasa Kajitani menjulang piala kejuaraan Augusta National Amatur Wanita. FOTO AFP
AFP

Washington: Tsubasa Kajitani menewaskan Emilia Migliaccio dalam aksi playoff untuk memenangi Kejohanan Golf Amatur Augusta National Wanita ketika Georgia bersiap menganjurkan Masters.

Pemain berusia 17 tahun dari Jepun menyempurnakan pukulan putt untuk melakukan par dari jarak lima kaki pada lubang tambahan kelima untuk memenangi edisi kedua kejohanan itu.

Kajitani melengkapkan catatan 72 pada pusingan akhir dan pemain Amerika, 70 dengan kedua-duanya menamatkan dengan satu di atas par.

"Saya tidak dapat menggambarkannya dengan kata-kata," kata Kajitani mengenai perasaannya ketika memenangi kejohanan yang dianjurkan oleh kelab hebat di Georgia.

"Saya bermain beberapa kejohanan profesional di Jepun dan beberapa pertandingan besar di Amerika tapi anda tidak boleh membandingkan dengan kejohanan ini," katanya.

Permainan Kajitani tampak terkawal apabila mendahului dua pukulan ketika saingan berbaki dua lubang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 April 2021 @ 12:13 PM