SKUAD Jerman berlatih di Hamburg menjelang aksi menentang Belanda. — FOTO EPA
SKUAD Jerman berlatih di Hamburg menjelang aksi menentang Belanda. — FOTO EPA
AFP

PASUKAN Jerman kendalian Joachim Loew berdepan ujian pertama tanpa pemain sayap Manchester City, Leroy Sane apabila mereka memperbaharui permusuhan dengan jiran Belanda pada aksi kelayakan Euro 2020 di Hamburg, awal pagi Sabtu ini.

Sane, 23, antara pemain yang tidak beraksi kerana kecederaan selain Julian Draxler dan Thilo Kehrer, selepas dia koyak ligamen lutut ketika menang aksi Perisai Komuniti ke atas Liverpool bulan lalu.

Pemain sayap itu tonggak utama pasukan kebangsaan yang bangkit daripada kekecewaan Piala Dunia tahun lalu, menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan terakhir Jerman.

Dua daripada gol itu hadir menentang pasukan ditemui awal pagi Sabtu ini Belanda, yang dihadapi Jerman tiga kali sejak Oktober lalu.

REUS (kanan) melayan wartawan di samping Niklas Suele di Hamburg, awal pagi tadi. — FOTO EPA
REUS (kanan) melayan wartawan di samping Niklas Suele di Hamburg, awal pagi tadi. — FOTO EPA

Namun rakan sepasukan Sane berjanji minggu ini mereka boleh berjaya sekalipun tanpa Sane.

“Leroy mencipta banyak ruang dan amat penting buat pasukan, tapi kami mempunyai ramai pemain berkualiti untuk menggantikannya,” kata pemain Borussia Dortmund, Marco Reus awal pagi tadi.

Sane dijangka digantikan oleh penyerang RB Leipzig, Timo Werner yang berharap untuk merebut tempatnya semula dalam pasukan utama Jerman.

“Kecederaan Leroy bermakna ada kekosongan di bahagian serangan. Saya percaya saya boleh mempamerkan persembahan sama di sini seperti bersama kelab,” kata Werner, yang menyumbat lima gol dalam tiga perlawanan buat Leipzig musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 September 2019 @ 3:07 PM