Pemain Bayern, Leroy Sane (kanan) ketika aksi Bundesliga. FOTO EPA
Pemain Bayern, Leroy Sane (kanan) ketika aksi Bundesliga. FOTO EPA
AFP

Berlin: Penampilan Leroy Sane bersama Bayern Munich pada Ogos lalu mendapat perhatian peminat kelab itu dia berjaya menutup kritikan yang dilemparkan mengenai harga perpindahan membabitkan 45 juta euro (RM218 juta) dari Manchester City.

Sane dijangka bersedia berkunjung ke Lisbon bagi perlawanan berdepan Benfica awal pagi Khamis ini dengan Bayern memburu kemenangan ketiga dalam saingan Liga Juara-Juara untuk kekal di puncak Kumpulan E selepas mencatat kemenangan ke atas Barcelona dan Dynamo Kiev bulan lalu.

Tiada di antara dua kelab terbabit dapat menembusi gawang Bayern, yang meledak lapan gol tanpa balas setakat ini dalam saingan Eropah dan Sane berhak menerima sebahagian daripada pujian itu selepas mempamerkan aksi baik di bahagian sayap tengah pasukan.

Seperti yang ditegaskan ketua jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann bahawa Sane meletakkan dirinya dalam membantu membentuk pertahanan pasukan.

"Dia melakukan gerak yang menakjubkan dalam serangan balas pantas. Aksinya sentiasa memberi cabaran kepada pasukan lawan."

Sane menyertai Bayern dari City pada 2020, tetapi bergelut mencetuskan impak musim lalu. Corak pertahanannya diragui begitupun cara serangannya tidak diragukan selepas membantu Bayern membelasah Leverkusen, 5-1 pada Ahad lalu untuk melonjak ke kedudukan teratas carta Bundesliga.

Ketika berusia 19 tahun, Sane membuat penampilan pertama di pentas Liga Juara-Juara pada 2015 menentang Real Madrid mewakili bekas kelabnya Schalke dengan jaringan yang mencuri tumpuan.

Beberapa aksi serta jaringan menariknya sebelum ini bersama Man City turut mendapat perhatian.

Sane mengakui dia mahu mengharungi sekali lagi pengalaman indah itu.

"Saya tahu saya memerlukan masa. Saya sentiasa bekerja keras dan tahu ia menjadi sukar (di Bayern) kerana terdapat terlalu banyak tekanan di sini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 2:15 PM