PEMAIN Belgium kecewa selepas tersingkir daripada Euro 2024. FOTO AFP
PEMAIN Belgium kecewa selepas tersingkir daripada Euro 2024. FOTO AFP
AFP

Duesseldorf: Domenico Tedesco akur dengan nasib Belgium selepas gol sendiri lewat perlawanan oleh Jan Vertonghen menamatkan kempen Euro 2024 mereka dan menghantar Perancis ke suku akhir.

Vertonghen melencongkan percubaan Randal Kolo Muani ke gawang sendiri ketika berbaki lima minit di Duesseldorf tatkala Belgium yang memiliki ramai pemain berbakat sekali lagi kecewa dalam kejohanan antarabangsa utama.

"Satu jam selepas wisel penamat dan selepas bolos pada minit ke-86, amat sukar untuk saya membuat analisis," kata Tedesco kepada pemberita.

"Anda tidak boleh benar-benar mengatakan bahawa kami bertuah di kejohanan ini jika anda melihat perlawanan pertama dan jenis gol yang kami bolos malam ini."

Belgium sebahagian besarnya bertahan menentang Perancis, mensia-siakan beberapa peluang terbaik sebelum nasib malang mereka hadir pada hujung perlawanan.

Cara persembahan di kedua-dua perlawanan Belgium hari ini dan ketika melayakkan diri dari Kumpulan E, dilemparkan dengan ejekan daripada peminat kerana seri tanpa jaringan dengan Ukraine, menyebabkan keberanian Red Devils dipersoalkan.

Tedesco menyangkal tuduhan bahawa pasukannya tidak mempunyai keberanian.

"Saya rasa (menentang) Slovakia iya (kami berani). Anda melihat Slovakia menentang England, kami mengasak mereka dan kami mempunyai banyak peluang, sama ketika menentang Romania juga," kata Tedesco.

"(Seri tanpa jaringan dengan) Ukraine, iya, semakin lama permainan seperti ini anda ada di dalam kepala pemain yang anda bolos satu gol dan anda terkeluar daripada kejohanan. Malam ini kami menentang Perancis dan peluang juga ada."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 2:26 PM