PEMAIN Denmark, Jonas Wind dicabar pemain England. FOTO Agensi
PEMAIN Denmark, Jonas Wind dicabar pemain England. FOTO Agensi
Reuters

Dortmund, Jerman: Denmark sudah bersedia dengan segala kemungkinan termasuk penentuan sepakan penalty apabila turun menentang Jerman dalam aksi 16 terbaik di Dortmund, Ahad ini.

Anak buah Kasper Hjulmand melakukan rutin latihan sepakan penalti sejak beberapa bulan lalu yang juga persediaan untuk ke Euro, dengan penyerang pasukan Jonas Wind akui tahu di mana mahu menghalangkan sepakannya apabila berdepan situasi itu.

"Setiap pemain berbeza, masing-masing ada Teknik dan cara tersendiri untuk mengambil penalti. Namun untuk saya, lebih baik dari awal kita tahu di manakah untuk menghalakan bola ketika sepakan penalti.

"Tapi ada juga pemain yang lebih suka membuat keputusan pada saat akhir, tetapi itu bagi saya merbahaya dan boleh mengundang masalah.

"Saya tidak mengambil penalti mengikut kepada statistik seseorang penjaga gol. Saya lebih fokus kepada sepakan saya sendiri," kata Wind yang beraksi untuk VfL Wolfsburg dalam Bundesliga.

Sejak berbulan lalu Hjulmand meminta pemainnya mempersiapkan diri termasuk situasi sepakan penalti.

"Anda boleh cuba mensimulasikan tekanan dengan elemen kompetitif, tetapi ia tidak akan pernah sama apabila berdepan dengan situasi sebenar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2024 @ 7:59 PM