PETKOVIC (kiri) puji anak buahnya di atas persembahan cemerlang di Euro 2020. FOTO EPA
PETKOVIC (kiri) puji anak buahnya di atas persembahan cemerlang di Euro 2020. FOTO EPA
AFP

Saint Petersburg: Jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic tetap memuji pemainnya sebagai wira walaupun terlepas peluang mara ke separuh akhir buat kali pertama di kejohanan utama apabila tumpas kepada Sepanyol dalam penentuan penalti 3-1 di Euro 2020.

Switzerland yang layak buat kali pertama di suku akhir kejohanan utama sejak 1954, terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Remo Freuler diperintah keluar pada minit ke-77 tapi berjaya bertahan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti selepas terikat 1-1 di masa sebenar di St Petersburg.

"Pemain saya adalah wira malam ini. Kami berhak untuk mara. Perasaan saya bercampur-baur. Lebih kepada bangga, kerana kami sudah memberikan segala-galanya dan kami meninggalkan kejohanan ini dengan bermaruah.

"Satu lagi, kami sangat hampir untuk ke separuh akhir dan ia tidak berlaku setiap tahun," katanya.

Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer beraksi dengan cemerlang selepas menyelamatkan lapan percubaan di masa tambahan dan beraksi baik di penentuan penalti.

Bagaimanapun, penjaga gol Sepanyol, Unai Simon dua kali menyelamatkan sepakan penalti, tatkala kedua-dua pasukan gagal menemui sasaran sebanyak sekali.

"Yann adalah wira. Dia cuba tidak bernasib baik ketika penentuan penalti," kata Petkovic.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 7:05 AM