Pertahanan Perancis, Raphael Varane. FOTO AFP
Pertahanan Perancis, Raphael Varane. FOTO AFP
Reuters

Doha: Raphael Varane disenaraikan dalam kesebelasan utama Perancis menentang Denmark dalam pertembungan Kumpulan D Piala Dunia selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.

Varane akan bergandingan dengan Dayot Upamecano manakala Jules Kounde mengambil alih tempat Benjamin Pavard di sebelah kanan pertahanan.

Aurelien Tchouameni dan Adrien Rabiot memulakan permainan di bahagian tengah manakala Antoine Griezmann akan membantu trio serangan Ousmane Dembele, Kylian Mbappe dan Olivier Giroud.

Bagi Denmark, jurulatih Kasper Hjulmand akan menggantikan pemain tengah, Thomas Delaney yang mengalami kecederaan dengan Mikkel Damsgaard dan Andreas Cornelius pula beraksi di bahagian serangan ketika Kasper Dolberg direhatkan.

Kesebelasan Utama:

Perancis: Hugo Lloris, Jules Kounde, Raphael Varane, Dayot Upamecano, Theo Hernandez, Adrien Rabiot, Aurelien Tchouameni, Antoine Griezmann, Ousmane Dembele, Olivier Giroud, Kylian Mbappe

Denmark: Kasper Schmeichel, Joachim Andersen, Victor Nelsson, Andreas Christensen, Rasmus Kristensen, Pierre Hojbjerg, Christian Eriksen, Joakim Maehle, Jesper Lindstrom, Andreas Cornelius, Mikkel Damsgaard

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2022 @ 11:31 PM