Pemain Denmark, Christian Eriksen. FOTO AP
Pemain Denmark, Christian Eriksen. FOTO AP
AFP

Doha: Christian Eriksen akan berada dalam senarai kesebelasan utama Denmark bagi aksi pembukaan mereka menentang Tunisia, malam ini.

Ia adalah kejohanan utama pertamanya sejak dia tiba-tiba rebah di padang pada Kejohanan Eropah tahun lalu.

Pemain tengah Manchester United, Eriksen berdepan serangan jantung terhenti mengejut 'cardiac arrest' pada perlawanan pertama peringkat kumpulan bersama Denmark di Euro namun kembali pada tahap prestasi terbaik dan menjadi tonggak penting dalam skuad berbakat kendalian Kasper Hjulmand.

Pemain berusia 30 tahun itu dijangka beraksi bersama Andreas Skov Olsen, selain bakal membantu penyerang Espanyol, Martin Braithwaite serta Kasper Dolberg bagi kempen Kumpulan D di Stadium Education City.

Thomas Delaney dan pemain Tottenham Hotspur's Pierre-Emile Hojbjerg turut berada dalam senarai permulaan pasukan. Begitu juga penampilan Kapten, Simon Kjaer di barisan pertahanan dan Kasper Schmeichel sebagai penjaga gawang pasukan.

Denmark (3-4-2-1):

Kasper Schmeichel; Joachim Andersen, Simon Kjaer (capt), Andreas Christensen; Rasmus Kristensen, Pierre-Emile Hojbjerg, Thomas Delaney, Joakim Maehle; Christian Eriksen, Andreas Skov Olsen; Kasper Dolberg

Jurulatih: Kasper Hjulmand (DEN)

Tunisia (3-4-3):

Aymen Dahmen; Montassar Talbi, Dylan Bronn, Yassine Meriah; Mohamed Drager, Aissa Laidouni, Ellyes Skhiri, Ali Abdi; Anis Ben Slimane, Issam Jebali, Youssef Msakni (K)

Jurulatih: Jalel Kadri (TUN)

Pengadil: Cesar Ramos (MEX)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 9:03 PM