KEADAAN tegang di antara penyokong Turkiye dan Georgia. FOTO Reuters
KEADAAN tegang di antara penyokong Turkiye dan Georgia. FOTO Reuters
Agensi

Dortmund: Pertembungan Turkiye dan Georgia dalam saingan Euro 2024 dicemari dengan pergaduhan penyokong kedua-dua pasukan sebelum perlawanan.

Ketika mereka bergasak sesama sendiri, imej lain di Stadium Westfalenstadion di Dortmund menunjukkan air hujan mencurah masuk ke tempat duduk penonton dari bumbung yang bocor.

Pada masa sama, pergaduhan tercetus antrara dua kumpulan penyokong dengan mereka saling berbalas balingan objek.

Keganasan itu disifatkan sangat serius dan menakutkan oleh wartawan Daniel Storey yang bimbang perlawanan boleh ditunda.

Sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan saling berbalas tumbukan dan berlaku tolak menolak sesama mereka.

Hanya penghadang kecil memisahkan penyokong ketika pengawal keselamatan cuba meredakan ketegangan.

Insiden itu akhirnya berjaya dihentikan selepas campur tangan polis pencegah rusuhan satu jam sebelum perlawanan bermula.

Pada awalnya, timbul kebimbangan perlawanan mungkin dilewatkan tetapi mereka berasa lega ia berlansung seperti dijadualkan.

Perlawanan pertama Kumpulan F itu menyaksikan Turkiye menewaskan Georgia 3-1 manakala Portugal mengatasi Republik Czech 2-1 dalam aksi awal pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 8:31 AM