AKSI antara Portugal dan Turkiye sebentar tadi. FOTO AFP
AKSI antara Portugal dan Turkiye sebentar tadi. FOTO AFP
Reuters

Dortmund: Gol pertama Bernardo Silva pada kejohanan utama, jaringan sendiri yang merugikan daripada Samet Akaydin dan tampanan masuk Bruno Fernandes memberikan Portugal kemenangan selesa 3-0 ke atas Turkiye sebentar tadi untuk menjamin ke pusingan 16 terakhir sebagai pendahulu Kumpulan F.

Silva memberikan Portugal pendahuluan pada minit ke-21, selepas hantaran silang Nuno Mendes melencong ke arahnya dan Akaydin pula menghantar bola melepasi penjaga gol Altay Bayindir tujuh minit kemudian.

Fernandes pula mengesahkan kemenangan selepas 56 minit apabila Cristiano Ronaldo – yang boleh menjadi penjaring gol tertua dalam sejarah Euro tanpa mementingkan diri melakukan hantaran kepada bekas rakan sepasukannya di Manchester United untuk jaringan ketiga.

Kemenangan itu memastikan kemaraan Portugal manakala Turkiye mesti mengelak kekalahan Khamis depan kepada Republik Czech, yang seri 1-1 dengan Georgia, untuk memastikan layak ke pusingan kalah mati.

Portugal bermula dengan mendadak dan tidak terpengaruh dengan bunyi wisel yang memekakkan telinga daripada penyokong Turkiye apabila menguasai bola, dengan Ronaldo membuat percubaan pada minit ke-2 namun diselamatkan Bayindir.

Turkiye sering bermain dari belakang dan perjudian hampir membuahkan hasil selepas 20 minit, tetapi cabaran terakhir Pepe dihalang Orkun Kokcu.

Portugal menjaringkan gol sejurus selepas itu melalui serangan pantas di bahagian kiri, apabila Mendes melakukan hantaran lintang melintasi gawang sebelum disambar Silva untuk gol kejohanan utama pertamanya dalam perlawanan ke-15 sama ada di Piala Dunia atau Euro.

Mereka menggandakan jaringan apabila Bayindir terkeluar dari kawasannya untuk mengutip hantaran yang menuju ke arah Ronaldo, sebelum melihat hantaran ke belakang Akaydin melepasinya dalam gerakan perlahan.

Separuh masa kedua bermula dengan tenang sebelum pemain gantian Ruben Neves melakukan hantaran jauh yang jatuh kepada Ronaldo sebelum pemain itu melorongkan kepada Fernandes untuk gol ketiga,

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 2:58 AM