Ronaldo menjalani latihan bersama rakan sepasukannya di Leipzig.- AFP
Ronaldo menjalani latihan bersama rakan sepasukannya di Leipzig.- AFP

Reuters

Leipzig: Pada hari perlawanan pembukaan Euro 2024 membabitkan Portugal menyaksikan pemain pasukan itu yang diketuai oleh kapten Cristiano Ronaldo keluar dari hotel mereka untuk menyapa ratusan penyokong yang 'menjerit 'naik hantu' ketika demam bola sepak akhirnya melanda bandar itu.

Skuad Portugal tiba di bandar itu pada hari Isnin, sebelum mendaftar masuk ke Hotel Westin di tengah bandar Leipzig.

Sebilangan besar penyokong berada di sana untuk menyambut barisan pemain Portugal namun kecewa apabila mereka terus bergegas ke hotel dari bas.

Sekumpulan kecil peminat pula menunggu di luar Stadium Leipzig di mana skuad itu tiba untuk sidang media pra-perlawanan sebelum aksi menentang Republik Czech dan sesi latihan di padang.

Di luar hotel, diletakkan dengan penghadang tinggi untuk menghalang orang ramai daripada mendekati bangunan itu tetapi kesabaran mereka terbalas apabila pemain keluar untuk menyapa mereka.

Sudah pastinya Ronaldo menjadi tarikan utama namun pemain itu kelihatan santai dan gembira menandatangani autograf serta bersalaman dengan mereka di belakang pagar.

Pemain itu menjadi salah satu pemain terakhir yang kembali masuk ke dalam hotel.

Perlawanan antara Portugal dan Republik Czech adalah aksi terakhir bagi pusingan pertama perlawanan kumpulan, jadi Leipzig menunggu lebih lama daripada bandar lain untuk merasai sepenuhnya suasana Euro.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 11:53 PM