Pemain veteran Portugal Pepe memanaskan badan sebelum menentang Republik Czech. - Reuters
Pemain veteran Portugal Pepe memanaskan badan sebelum menentang Republik Czech. - Reuters
Reuters

Leipzig: Pertahanan veteran Portugal Pepe mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain tertua dalam sejarah Kejuaraan Eropah pada usia 41 tahun 113 hari selepas tersenarai dalam kesebelasan utama menentang Republik Czech pada saingan Kumpulan F Euro 2024.

Pepe mengatasi rekod bekas penjaga gol Hungary, Gabor Kiraly yang beraksi pada usia 40 tahun 86 hari ketika pasukannya tewas di tangan Belgium pada pusingan 16 terakhir Euro 2016.

Pemain itu akan beraksi bersama Diogo Dalot dan Ruben Dias dalam skuad Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo.

Republik Czech diterajui pemain tengah, Tomas Soucek, dengan penjaring terbanyak Euro 2020, Patrik Schick mengetuai jentera serangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2024 @ 2:42 AM