SCAMACCA (kanan) jadi taruhan Atalanta untuk ke final Liga Europa. FOTO Reuters
SCAMACCA (kanan) jadi taruhan Atalanta untuk ke final Liga Europa. FOTO Reuters
AFP

Milan: Gianluca Scamacca akan mengetuai barisan pemain Atalanta dalam usaha untuk mara ke final Eropah pertama mereka dan prestasi luar biasa penyerang itu meletakkannya di kedudukan kukuh bagi skuad Euro 2024.

Penyerang tengah itu mengalami musim pertama yang naik turun di Itali bersama Atalanta tetapi dalam keadaan terbaik seterusnya menjadi tumpuan bagi separuh akhir kedua Liga Europa berdepan Marseille Jumaat ini.

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan 10 gol dan meledak satu lagi jaringan dalam 12 perlawanan terakhirnya, hasil rembatan rendah minggu lalu memastikan untuk Atalanta pulang dari Stade Velodrom dengan keputusan seri 1-1.

Dia akan menjadi tumpuan untuk bahagian serangan Atalanta di hadapan peminat tuan rumah yang ghairah di Bergamo dengan harapan mereka melangkah lebih jauh di kejohanan itu.

Scamacca menjaringkan 18 gol dalam semua kejohanan musim ini dengan sebahagian besar dihasilkan itu selepas dia diketepikan daripada skuad Itali untuk perlawanan persahabatan Mac lalu berdepan Venezuela dan Ecuador.

Dia disingkirkan Luciano Spalletti selepas jurulatih Azzurri mengecam pemain bola sepak 'bermain PlayStation sehingga pukul empat pagi'.

Spalletti tidak mendedah pemain yang dimaksudkan tetapi tumpuan terarah kepada Scamacca, yang diketepikan Itali walaupun pasukan itu berdepan masalah penyerang yang boleh dipercayai.

"Saya terpaksa berhadapan dengan prasangka buruk sejak berumur 16 tahun tetapi saya tahu menilai diri sendiri dan saya hanya perlu menunjukkannya kepada mereka yang mengambil berat mengenai saya.

"Saya tidak mengendahkan apa yang dibual orang ramai dan mendengar khabar angin."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2024 @ 1:49 PM