ROBERTO Mancini. FOTO AFP
ROBERTO Mancini. FOTO AFP
Reuters

Milan: Jurulatih Itali, Roberto Mancini menyenaraikan tiga pemain yang tidak beraksi dalam skuad 30 pemain ketika juara Euro 2020 itu akan memulakan kempen kelayakan mereka untuk 2024 menentang England dan Malta akhir bulan ini.

Penjaga gol, Lecce Wladimiro Falcone, pertahanan Torino, Alessandro Buongiorno dan penyerang Atletico Tigre, Mateo Retegui semuanya disenaraikan dalam skuad kebangsaan buat kali pertama, menjadikan jumlah pemain yang dipanggil menjadi 102 pemain.

"Kami mengikuti perkembangan Retegui untuk seketika, dia kerap bermain dalam liga Argentina selama dua musim. Dia mempunyai kualiti yang kami kurang pada masa ini," kata Mancini.

Mancini, bagaimanapun, berdepan masalah untuk memilih penyerang kerana Ciro Immobile mengalami kecederaan manakala pemain Napoli, Giacomo Raspadori dan Gianluca Scamacca dari West Ham United kurang beraksi.

"Raspadori adalah pemain penting untuk kami tetapi dia tidak banyak bermain. Scamacca baru pulih daripada kecederaan dan juga tidak banyak bermain. Pemain hanya boleh meningkat jika mereka banyak bermain."

Scamacca dimasukkan dalam skuad manakala Raspadori diketepikan.

Itali akan melayan kunjungan England di Naples pada Khamis ini dan kemudian ke Malta pada 26 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 10:14 AM