VINICIUS meledak dua gol untuk Real mengikat Bayern 2-2 di Munich. -FOTO AFP
VINICIUS meledak dua gol untuk Real mengikat Bayern 2-2 di Munich. -FOTO AFP
AFP

Munich: Penyerang Real Madrid, Vinicius Junior meledak dua gol, termasuk penalti penyamaan minit ke-83 membolehkan Real mencatat keputusan seri 2-2 di Bayern Munich seterusnya meletakkan pasukan Sepanyol itu di kedudukan selesa menjelang perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara.

Vinicius memberikan Real gol pendahuluan selepas 24 minit tetapi Bayern menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua untuk mengambil alih perlawanan selepas gol pembukaan dari Leroy Sane dan Harry Kane yang menyempurnakan sepakan penalti.

Kim Min-jae mengasari Rodrygo di dalam kotak ketika berbaki lapan minit dan Vinicius melangkah, menenggelamkan paduan suara ejekan penyokong tuan rumah untuk meledak.

"Dalam pertandingan ini adalah penting untuk tidak kalah dan kami berada di sini kerana kami belum tewas lagi," kata Vinicius.

"Saya sangat gembira kerana dapat menjaringkan dua gol dan kini kami akan melalui malam yang menakjubkan di rumah," tambahnya.

Keputusan seri itu meletakkan Madrid menjadi pasukan pilihan untuk mara menjelang perlawanan timbal balik minggu depan di Santiago Bernabeu tetapi Bayern yang mendominasi sebahagian besar perlawanan, masih mempunyai harapan untuk mara ke final di Wembley pada bulan Jun.

"Ia keputusan yang baik menjelang perlawanan kedua," kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti. "Tetapi keputusan masih belum muktamad lagi.

"Bayern mempunyai kualiti yang tinggi. Mereka mempunyai pemain seperti Musiala atau Sane yang boleh menyakiti kami."

Bayern yang mendominasi sebahagian besar perlawanan itu, masih berharap mereka berjaya mara ke final di Wembley awal bulan depan.

"Rasanya agak pelik," kata pengurus Bayern, Thomas Tuchel.

"Tetapi keadaannya sangat jelas. Menang di Madrid, kemudian ke Wembley. Pemenang akan mara.

"Kami akan bersedia dan kami menerima pertarungan itu. Kami akan pergi ke Madrid dengan keyakinan diri. Kita kena berani."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 8:08 AM