ANCELOTTI berang pemainnya terlalu banyak bertahan. -FOTO AFP
ANCELOTTI berang pemainnya terlalu banyak bertahan. -FOTO AFP
AFP

Munich, Jerman: Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti kecewa dengan sikap pemainnya, menggelar mereka "terlalu berlembut" kerana terlalu banyak bertahan ketika seri 2-2 di Bayern Munich pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Ancelotti mengkritik komitmen pasukannya selepas gol separuh masa pertama Vinicius Jr memberi mereka pendahuluan namun Bayern kemudiannya menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada awal separuh masa kedua untuk mengubah permainan sebelum Vinicius menyamakan kedudukan dari sepakan penalti.

"Keputusannya bagus tetapi tapi kami boleh melakukan yang lebih baik. Bayern menunjukkan versi terbaik mereka dan kami tidak. Kami perlu menambah baik untuk minggu depan," kata Ancelotti.

"Pada separuh masa pertama kami bertahan tetapi dengan sedikit intensiti, pada separuh masa kedua apabila mereka mendahului kami mula mengasak lebih banyak, tetapi tidak mencukupi.

"Kami terlalu selesa, tetapi kami kurang intensiti. Kami memberi mereka terlalu banyak peluang untuk mengawal permainan.

"Kami tidak mahu bermain dengan bertahan tapi kami terus melakukannya. Kami terlalu lembut."

Ancelotti mempertahankan keputusannya untuk menggantikan pemain tengah, Toni Kroos, yang mencipta gol pembukaan Vinicius dengan hantaran cemerlang dan boleh dikatakan pemain terbaik Real.

Pengendali dari Itali itu berkata, beliau melakukan empat pertukaran dalam usaha untuk mengejutkan pemainnya daripada lena dan lega mereka berakhir dengan menjaringkan gol penyamaan yang dipercayainya membuatkan aksi itu "terbuka luas" bagi aksi timbal balik di Madrid minggu depan.

"Jude Bellingham mengalami kekejangan otot, Toni Kroos bertindak cemerlang tetapi perancangannya adalah untuk kembali menguasai permainan dengan membawa masuk pemain cergas," kata Ancelotti pada sidang akhbar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 12:44 PM