HABIB kini sudah sebulan jalani latihan bersama Kedah.
HABIB kini sudah sebulan jalani latihan bersama Kedah.
Izzali Ismail


Alor Setar: Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Habib Haroon optimis mampu mencapai tahap permainan dikehendaki pengendali Sang Kenari Nafuzi Zain sebelum aksi Liga Super bermula Mei depan.

Menurut Habib, tahap persediaannya kini semakin menghampiri sasaran sejak memulakan latihan bersama Kedah bermula 26 Mac lalu dan kini bekerja keras untuk melengkapkan sasaran itu.

"Genap sebulan saya menjalani latihan bersama Kedah dan kini saya sedang memasuki tahap 80 peratus apa yang dimahukan Nafuzi dalam memperkuatkan pasukan musim ini.

"Walaupun saya secara dekat mengenali corak permainan dirangka Nafuzi, namun tidak mudah untuk terus mencapai apa sedang diserapkannya memandangkan ini pasukan baharu dan kami perlukan masa bagi menjalinkan keserasian.

"Saya dan rakan sepasukan juga sedang bekerja keras bagi memastikan baki peratus tersebut dilengkapkan melalui aksi pramusim yang dirancang bagi menjadikan misi pasukan berjaya pada musim ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 3:01 PM