LEE Tuck (dua, kiri) meraikan kejayaan menjaringkan penalti kedua dalam saingan Liga Super. -FOTO Bernama
LEE Tuck (dua, kiri) meraikan kejayaan menjaringkan penalti kedua dalam saingan Liga Super. -FOTO Bernama
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Walaupun berjaya mengutip tiga mata penuh di laman lawan, pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain masih belum berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya pada perlawanan itu.

Menurut Nafuzi, persembahan yang ditampilkan pasukannya pada perlawanan itu bukanlah yang sebenar seperti yang ditampilkan sebelum ini terutamanya di babak pertama perlawanan yang hampir memakan diri.

"Bagi saya kita bukan main terlalu teruk, kita bermain baik cuma bukan di tahap sebenar kita dengan intensiti tinggi dan rancak. Kalau kita lihat pada separuh pertama dari segi pergerakan itu kita agak perlahan

"Mereka bermain secara selamat dan tidak berani ambil risiko untuk mara ke depan. Di situ kita agak perlahan dan menyebabkan PDRM berjaya menyerang kita dengan serangan balas bahaya.

"Bagaimanapun pada separuh masa kedua, kita tukar tempo permainan dan berjaya mendapat beberapa peluang menjaringkan gol pada awal permainan. Selepas itu kita dapat dua penalti satu yang penting untuk pasukan," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Dalam pada itu Nafuzi memuji persembahan yang ditampilkan penyerang import baharunya, Ifedayo Olusegun apabila berjaya menjaringkan gol pada penampilan pertamanya bersama skuad Kenari.

Bagaimanapun bagi seorang lagi pemain import, Moses Atede, Nafuzi mengakui pemain kelahiran Nigeria itu masih memerlukan masa untuk memahami gaya permainan pasukan dan membentuk keserasian.

"Sebelum ini kita bermain dengan Willian Lira, jadi persembahan itu agak berbeza dengan sekarang. Ifedayo bukan masalah besar sebab dia tidak terlibat sangat dengan pergerakan dan sudah biasa dengan situasi disini dan satu gol gol itu permulaan baik untuknya.

"Dari segi Moses dia agak kekok baru beberapa hari berlatih dan cara permainan sudah tentu berbeza berbanding pasukannya sebelum ini. Namun dia memerlukan sedikit masa untuk dapatkan keserasian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2023 @ 2:31 PM