AKSI pertembungan suku akhir pertama Liga Juara-Juara, Arsenal menentang Bayern. -FOTO Reuters
AKSI pertembungan suku akhir pertama Liga Juara-Juara, Arsenal menentang Bayern. -FOTO Reuters
AFP

London: Mikel Arteta memberi amaran kepada Arsenal untuk belajar daripada kesilapan ketika mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Bayern Munich awal pagi tadi jika mereka mahu mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Keputusan itu memastikan pertembungan suku akhir kedua kekal seimbang selepas gol penyamaan lewat perlawanan oleh Leandro Trossard pada perlawanan pertama di Stadium Emirates.

Harry Kane yang menghantui Arsenal tidak mengendahkan ejekan dari penyokong Gunners yang menyambut kepulangannya ke utara London apabila berjaya menyempurnakan penalti untuk meletakkan Bayern mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.

Gol keenam karier bekas penyerang Tottenham, Kane di Emirates hadir selepas bekas pemain sayap Arsenal, Serge Gnabry menyamakan kedudukan selepas Bukayo Saka membuka jaringan untuk The Gunners.

Ia adalah malam yang mengecewakan bagi Arsenal yang ada kalanya kelihatan seperti hilang arah pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara sejak 2010.

Pendahulu Liga Perdana berada dalam prestasi terbaik untuk tahun 2024, manakala Bayern pula melalui kempen yang dilanda krisis.

Arteta menggesa pemainnya untuk menggunakan pengalaman itu sebagai senjata untuk menebus keputusan ini pada perlawanan kedua di Munich pada 17 April.

"Kami akan pergi lagi di Munich. Kami masih berpeluang. Permainan menjadi sukar dan mereka faham mereka perlu meningkatkan tahap," katanya.

"Kami melakukan beberapa kesilapan hari ini. Mari belajar daripadanya. Pemain-pemain ini sukar dipercayai. Ia sebahagian daripada bola sepak. Mari asokong mereka.

"Kami akan pergi ke Munich dan berpeluang memenanginya. Kami akan menjadi lebih baik dalam keadaan tertentu dan itulah cara kami akan menyediakannya."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2024 @ 9:05 AM