SILVA beraksi bersama Vitoria Guimaraes di Liga Portugal. FOTO Agensi
SILVA beraksi bersama Vitoria Guimaraes di Liga Portugal. FOTO Agensi
AFP

Lisbon: Penyerang muda, Jota Silva dan Francisco Conceicao pada dipanggil ke dalam skuad Portugal buat kali pertama bersama bintang Cristiano Ronaldo untuk perlawanan persahabatan menjelang Euro 2024.

Jurulatih Roberto Martinez mengumumkan kumpulan 32 pemain untuk perlawanan persahabatan menentang Sweden dan Slovenia menjelang kejohanan di Jerman dari 14 Jun hingga 14 Julai.

"(Ia) akan membolehkan kami mengumpulkan maklumat untuk menyusun pasukan yang seimbang," kata jurulatih Sepanyol itu pada sidang akhbar.

Kedua-dua Conceicao, 21, dan Silva, 24, bermain dalam liga Portugal dengan FC Porto dan Vitoria Guimaraes.

Bintang veteran Ronaldo, 39, dan pemain pertahanan berusia 41 tahun Pepe mengetuai barisan juara Eropah 2016 itu untuk perlawanan menentang Sweden di Guimaraes sebelum ke Slovenia di Ljubljana pada 26 Mac.

"Dua perlawanan ini adalah peluang yang sangat baik untuk pemain menunjukkan apa yang mereka boleh bawa kepada kumpulan," tambah Martinez.

Portugal juga akan bermain lebih tiga perlawanan persahabatan di laman sendiri pada bulan Jun menentang Finland, Croatia dan Republik Ireland.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2024 @ 2:26 PM