PEMAIN Sri Pahang FC menjalani latihan. FOTO SRI PAHANG FC
PEMAIN Sri Pahang FC menjalani latihan. FOTO SRI PAHANG FC
Asrol Awang


Kuantan: Hanya enam pemain import dikatakan akan didaftarkan Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Sumber kelab itu memaklumkan, keputusan itu bagi memberi lebih ruang kepada pemain tempatan beraksi.

"Setakat ini, hanya enam pemain import akan didaftarkan kerana percaya dengan kemampuan pemain tempatan.

"Dengan kemasukan pemain tempatan baharu yang berpengalaman, kelab percaya gandingan dan persefahaman antara pemain lama dan baharu mampu memperkasakan pasukan.

"Namun, jika ada sebarang perubahan pada saat akhir sebelum tarikh tutup pendaftaran, tambahan pemain import akan dilakukan, tetapi bergantung kepada keperluan.

"Kelab sememangnya mengharapkan senarai pemain yang didaftarkan bagi musim baharu ini adalah yang terbaik," menurut sumber itu.

Difahamkan, enam pemain import itu ialah Kpah Sherman dari Liberia, Stefano Brundo (Argentina), Kuvondik Ruziev (Uzbekistan), Manuel Hidalgo (Argentina), Mykola Ahapov (Ukraine) dan seorang pemain pertahanan import yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Enam pemain baharu tempatan berpengalaman yang Sri Pahang adalh Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim, T Saravanan dan penjaga gol, Azfar Arif.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2024 @ 7:33 PM