LUIS Diaz ketika meraikan kejayaan memenangi Piala Liga menewaskan Chelsea, baru-baru ini. FOTO AFP
LUIS Diaz ketika meraikan kejayaan memenangi Piala Liga menewaskan Chelsea, baru-baru ini. FOTO AFP
Agensi

London: Luis Diaz akan menjadi antara nama terbesar yang akan meninggalkan Liverpool pada musim panas ini jika kelab itu dapat memujuk Mohamed Salah menandatangani kontrak baharu.

Beberapa kelab Sepanyol sedang memerhatikan Diaz dengan The Reds bersedia untuk mendengar tawaran terhadap pemain itu kerana mereka mempunyai banyak pilihan di bahagian serangan.

Keutamaan utama untuk pengganti Jurgen Klopp ialah kontrak baharu untuk Salah, Trent Alexander-Arnold dan Virgil van Dijk.

Keputusan yang berkaitan dengan Salah khususnya akan mempunyai kaitan dengan masa depan pemain Colombia berusia 27 tahun, Diaz.

Dia bergelut di awal musim sebelum ibu bapanya diculik di tanah airnya.

Tetapi Diaz mula menunjukkan kemampuan sebenarnya sejak berpindah dari Porto pada Januari 2022.

Thiago Alcantara dan Joel Matip bakal meninggalkan Anfield sebaik kontrak mereka tamat pada musim panas ini.

Salah, Alexander-Arnold dan Van Dijk hanya mempunyai semusim penuh lagi dalam kontrak masing-masing.

Kelab-kelab Liga Pro Saudi dan Paris Saint-Germain mahukan Salah manakala kapten Van Dijk pula menyatakan dia belum pasti berkenaan masa depannya di Anfield selepas ketiadaan Klopp.

The Reds sedar rundingan dengan bintang-bintang mereka hanya akan berhasil selepas pengarah sukan baharu dan pengganti Klopp mengambil alih pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 9:39 AM