Empat kali dalam sehari Robertson menelefon Alexander-Arnold. FOTO Agensi
Empat kali dalam sehari Robertson menelefon Alexander-Arnold. FOTO Agensi
Agensi

PEMAIN Liverpool, Andy Robertson berkongsi dengan peminat apa yang dilakukannya sepanjang penangguhan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Perintah Kawal Pergerakan (PKP) berikuta penularan wabak Covid-19.

Tonggak antarabangsa Scotland itu menyenaraikan beberapa rutin harian yang perlu dilakukannya termasuk mengambil minuman berkarbonat terkenal negaranya, Irn Bru serta menghubungi rakan sepasukannya, Trent Alexander-Arnold dan Virgil van Dijk.

Pemain berusia 26 tahun itu membantu skuad bimbingan Jurgen Klopp menjadi salah sebuah pasukan terbaik di Eropah dalam beberapa musim kebelakangan ini, termasuk mara ke perlawanan akhir dua kali berturut-turut dan menjulang trofi berkenaan tahun lalu.

Robertson menyenaraikan apa yang perlu dilakukannya bermula dengan menyediakan sarapan untuk anaknya seawal jam lapan pagi.

Selepas itu dia akan menghubungi Alexander-Arnold sebanyak dua kali pada jam 8.25 pagi dan 9.05 pagi.

Bagi memastikan tahap kecergasannya terjaga, Robertson juga turut menyenaraikan aktiviti yoga dan bersenam di gim dalam rutin hariannya.

Mungkin sekadar bergurau dan ingin membuatkan peminat The Reds gembira, bekas pemain Hull City itu turun meluangkan masa untuk menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Van Dijk pada jam 1.15 petang bahawa dia sangat rindu tonggak pertahanan itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2020 @ 8:25 PM