Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk. FOTO EPA
Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk. FOTO EPA
Agensi

London: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk melanjutkan kontrak bersama kelab itu sehingga musim panas 2025.

Pemain berusia 30 tahun itu, mempunyai kontrak sehingga 2023, mengikuti Trent Alexander-Arnold, Fabinho dan Alisson dalam menandatangani kontrak baharu kelab itu pada musim panas ini.

Dia beraksi hanya lima perlawanan liga musim lalu, selepas mengalami kecederaan panjang pada Oktober.

Van Dijk yang kembali beraksi pada pra musim berkata dia berbangga, sangat gembira dan berbesar hati untuk menandatangani kontrak baharu.

"Semua kerja keras yang kami lakukan setakat ini berterusan dan saya tidak sabar menyaksikan masa depan bersama Liverpool," tambah pertahanan tengah Belanda yang melakukan 130 penampilan buat Liverpool.

"Di mana saya berada sekarang, bagaimana perasaan saya, sebagai pemain senior, pemain utama buat pasukan dan bagi kelab. Ia adalah perasaan yang fantastik dan di mana saya rasakan seperti berada di rumah ketika di sini."

Van Dijk yang menyertai Liverpool dari Southampton pada Januari 2018, meledakkan dirinya sebagai salah seorang pertahanan berpengaruh dalam Liga Perdana dengan beraksi setiap aksi domestik ketika Reds memenangi kejuaraan liga pada 2019-20.

Ketiadaannya sedikit sebanyak menjejaskan rentak pasukan musim lalu yang turut berdepan masalah kecederaan panjang membabitkan pemain pertahanan utama seperti Joe Gomez dan Joel Matip.

"Saya rasa seperti sudah bersedia untuk minggu ini, jadi kita akan lihat apa yang diputuskan oleh pengurus. Ia akan menjadi suasana yang sangat berbeza dan ujian sebenar buat saya secara peribadinya."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 6:04 PM