SENARAI pengendali yang menerima bayaran tertinggi. -FOTO The Sun
SENARAI pengendali yang menerima bayaran tertinggi. -FOTO The Sun
Agensi

London: Steven Gerrard memperoleh pendapatan luar biasa £15.2 juta (RM 90.08 juta) setahun selepas bersetuju berhijrah ke Arab Saudi.

Bekas pemain tengah Liverpool itu menjadi salah seorang pengendali dengan gaji tertinggi di dunia selepas bersetuju memainkan peranan baharunya di Al-Ettifaq.

Gerrard kini di tangga keempat dalam senarai pengendali dengan gaji tertinggi - di belakang Diego Simeone dari Atletico Madrid, Pep Guardiola (Manchester City) dan Jurgen Klopp (Liverpool).

Tawaran lumayan oleh kelab Liga Pro Saudi itu berjaya menarik minat bekas pengendali Rangers dan Aston Villa berkenaan untuk berpindah dari Liga Inggeris ke Timur Tengah.

Gerrard kini berharap untuk memujuk bekas rakan sepasukan di Anfield, Jordan Henderson untuk menyertai kelab itu dengan perjanjian £700,000 (RM4.1 juta) seminggu.

Wilfried Zaha dari Crystal Palace adalah seorang lagi pemain dalam radar legenda Liverpool dan dia ditawarkan kira-kira £16 (RM94.83 juta) setahun.

Zaha masih belum yakin sepenuhnya untuk berpindah ke Arab Saudi.

Al-Ettifaq berpusat di Dammam, bandar keempat terbesar di Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2023 @ 12:05 PM