SALAH kekal di Liverpool. FOTO AFP
SALAH kekal di Liverpool. FOTO AFP
Agensi

London: Liverpool menolak tawaran £150 juta (RM885.8 juta) daripada Al-Ittihad untuk mendapatkan Mohamed Salah, menurut laporan.

The Reds berazam untuk mengekalkan pemain berstatus bintang mereka itu yang sedang diintai oleh kelab Arab Saudi itu.

Tawaran Al-Ittihad difahamkan pada awalnya bernilai £100 juta (RM590.2 juta) dengan tambahan £50 juta (RM295.1 juta) selepas itu.

Bos Reds, Jurgen Klopp ketika ditanya mengenai kemungkinan perpindahan Salah ke Arab Saudi berkata: "Situasi tetap sama. Tidak ada keraguan sama sekali mengenainya."

SunSport mendedahkan minggu lalu bahawa Al-Ittihad menawarkan Salah satu perjanjian lumayan untuk berhijrah ke Arab Saudi.

Tawaran lima tahun itu dipercayai membabitkan gaji pokok hampir £100 juta (RM590.2 juta), jet peribadi dan ganjaran lumayan untuk mempromosikan pelancongan dan pelaburan ke Arab Saudi.

Secara keseluruhannya, perjanjian itu akan mengatasi Cristiano Ronaldo di Al-Nassr.

Malah Salah, 31, malah akan ditawarkan peluang untuk memiliki saham dalam pasukan masa depan, sama seperti dilalui David Beckham bersama MLS yang kemudian menyaksikannya memiliki Inter Miami.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2023 @ 9:31 PM