KANTE dikatakan mengikat kontrak selama tiga tahu. FOTO AFP
KANTE dikatakan mengikat kontrak selama tiga tahu. FOTO AFP
AFP

Riyadh: Pemain tengah Perancis yang memenangi Piala Dunia, N'Golo Kante menandatangani perjanjian tiga tahun dengan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad Arab Saudi.

Menurut sumber kelab berkenaan kepada AFP, Kante menyertai Al-Ittihad sehari selepas penyerang Real Madrid, Karim Benzema turut menyertai pasukan itu.

Kante, 32, menjalani pemeriksaan perubatan penuh sebelum kontrak ditandatangani, kata sumber itu yang tidak mahu namanya disiarkan, kerana maklumat berkenaan tidak boleh tersebar kepada umum.

Dia yang menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia, mempunyai sejarah kecederaan dan tidak beraksi enam bulan musim ini kerana masalah hamstring.

Sumber kelab itu tidak mendedahkan jumlah perjanjian itu, tatkala negara yang kaya dengan hasil minyak itu menggunakan kekayaan bagi mendapatkan nama besar beraksi di Liga Pro Arab Saudi.

Benzema, pemenang Ballon d'Or Perancis berusia 35 tahun, disahkan sebagai pemain utama Al-Ittihad yang berpangkalan di Jeddah, juga dengan kontrak tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 10:47 PM