KAMAL Hisham Jaafar. FOTO FB Kamal Hisham Jaafar JFK
KAMAL Hisham Jaafar. FOTO FB Kamal Hisham Jaafar JFK
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Selepas dibelasah teruk hingga tewas 15-1 secara agregat oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Piala Malaysia malam tadi, kini muncul 'wira' baharu yang mahu menyelamatkan maruah Kelantan FC apabila seorang individu menawarkan diri membeli kelab terbabit.

Individu itu yang dikenali sebagai Kamal Hisham Jaafar di akaun Facebooknya adalah seorang peguam yang secara tiba-tiba mengakui sedia menjadi pemilik baharu skuad The Red Warriors (TRW).

Kata Kamal di laman Facebooknya, dia sedia membeli TRW jika harga kelab terbabit munasabah.

"Saya sedang kaji nak beli TRW. Jika harganya munasabah," tulisnya di laman sosial, sekali gus tular di kalangan peminat bola sepak tempatan.

Susulan itu, Norizam juga dilihat memberi komen dengan meminta Kamal menghubunginya semula bagi membincangkan lebih mendalam soal penjualan kelab itu.

"Salam bro (Kamal) Hisham, nanti 'roger-roger'. Tadi saya 'call' awak tak angkat," kata Norizam.

Sebelum ini, terdapat dua usahawan turut menyatakan minat mendapatkan TRW daripada Norizam namun usaha itu gagal selepas perbincangan tidak mencapai persetujuan bersama.

Antara pihak yang menyatakan minat sebelum ini adalah usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida serta ahli perniagaan pusat kecergasan, Erfan Akif.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 6:10 PM