GUARDIOLA akui beliau hidup dengan penuh keraguan. FOTO AFP
GUARDIOLA akui beliau hidup dengan penuh keraguan. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Pep Guardiola ketawa dengan dakwaan bahawa beliau adalah jurulatih terhebat sepanjang zaman sebaliknya kehidupannya dihantui dengan masa keraguan luar biasa dengan walaupun membawa Manchester City meraih treble musim lalu.

Di bawah pengendali kelahiran Sepanyol itu, City menjadi pasukan England kedua selepas Manchester United dengan memenangi trofi Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala FA pada musim yang sama.

Tetapi Guardiola berkata beliau 'bukan tuhan' apabila ditanya sama ada beliau adalah jurulatih terhebat sepanjang zaman selepas tiba di Jepun untuk jelajah pramusim City.

"Saya hidup dengan keraguan yang luar biasa dalam kepala saya," kata Guardiola.

"Sekiranya saya berjaya dalam karier saya, saya sudah mengatakan berkali-kali di Barcelona saya bersama pemain yang anda kenali bahawa mereka sangat sempurna, begitu juga di Bayern Munich, dan pemain yang berada di sini."

"Kami sedang membina dan melakukan sesuatu yang luar biasa yang saya tidak jangkakan apabila kami tiba," tambahnya.

City memenangi tujuh gelaran Liga Perdana Inggeris sejak 2012 termasuk lima dalam enam musim terakhir di bawah Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2023 @ 7:59 PM