DIMARCO hargai sokongan penyokong selepas tamat perlawanan.
DIMARCO hargai sokongan penyokong selepas tamat perlawanan.
AFP

Milan: Juara bertahan Inter Milan menewaskan Juventus 1-0 untuk mara ke final Piala Itali dengan kemenangan agregat 2-1 awal pagi tadi.

Federico Dimarco menjaringkan gol menerusi tolakan jarak dekat seleaps mendapat hantaran Nicolo Barella dalam aksi hambar di San Siro.

Ia gol kelima pemain Itali itu untuk kelab zaman remajanya musim ini dan meneruskan cabaran hebat Inter dalam saingan peringkat piala.

Skuad Simone Inzaghi sudah pun menjuarai Piala Super Itali dan berpeluang mengekalkan Piala Itali di Rom pada 21 Mei dengan kemungkinan menentang Fiorentina.

Mereka juga mempersiapkan diri menghadapi pertarungan 'derby' dengan AC Milan pada separuh akhir Liga Juara-Juara.

Awal pagi esok, Fiorentina menerima kunjungan Cremonese dengan defisit 2-0 hasil kemenangan peringkat pertama dan hampir pasti layak ke final.

"Pasukan saya berhak ke final selepas dua aksi peringkat," kata Inzaghi. "Kami kini berbaki 10 perlawanan musim ini dan harapnya ada lagi selepas ini (final)."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2023 @ 10:25 AM