RODRI dipilih pemain terbaik oleh UEFA
RODRI dipilih pemain terbaik oleh UEFA
Agensi

London: Rodri yang mencetus kemenangan Manchester City, dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Juara-Juara oleh UEFA dan Erling Haaland meraih penghormatan selepas meledak gol terbaik musim ini.

Jaringan Rodri pada minit ke-68 membolehkan City menewaskan Inter Milan 1-0 di Istanbul untuk menjulang Piala Eropah dan melengkapkan treble yang luar biasa.

Pemain berusia 26 tahun itu dinamakan pemain terbaik musim ini oleh panel pemerhati teknikal UEFA.

Rodri bermain dalam semua perlawanan kecuali satu perlawanan Liga Juara-Juara City musim ini, dengan gol kemenangan City itu adalah gol keduanya dalam kejohanan musim ini.

Pemain tengah Sepanyol itu menyertai enam rakan kelab dalam pasukan musim ini bersama-sama Haaland, Kevin De Bruyne, John Stones, Ruben Dias, Bernardo Silva dan Kyle Walker.

Federico Dimarco dan Alessandro Bastoni dari Inter turut dipilih bersama penjaga gol Real Madrid Thibaut Courtois dan penyerang Vinicius Junior.

City juga meraih anugerah gol terbaik musim ini menerusi Haaland ketika berdepan kelab Borussia Dortmund ketika peringkat kumpulan hantaran lencong Joao Cancelo yang menyaksikan City menang 2-1.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2023 @ 9:06 AM