JURGEN Klopp. FOTO Reuters
JURGEN Klopp. FOTO Reuters
Agensi

London: Jurgen Klopp memberi amaran Liverpool akan berusaha memburu tiket Eropah dalam baki perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Berbeza dengan musim lalu yang menyaksikan mereka di ambang empat kejuaraan pada peringkat ini, kali ini The Reds tampil tanpa sebarang sasaran selain memburu kelayakan Eropah.

Mereka ketinggalan 12 mata untuk tempat ke Liga Juara-Juara Eropah dan bersaing sengit untuk kedudukan ke Liga Europa.

"Kami tidak akan rugi apa-apa, kami di kedudukan yang kami tidak ingini, jadi kami perlu menerimanya.

"Kami perlu mencuba perkara baharu. Apa yang kami cuba tidak menjadi atau kurang konsisten," kata Klopp.

Liverpool mengharungi lima perlawanan tanpa kemenangan sejak membelasah Manchester United 7-0 pada awal Mac, keputusan yang tidak menggambarkan musim mereka, seperti kemenangan 9-0 ke atas Bournemouth 9-0 pada Ogos.

Bournemouth membalas dendam ke atas skuad Klopp dengan kemenangan 1-0 bulan lalu, perlawanan pertama Liverpool selepas menewaskan United di Anfield, dan disusuli dengan kekalahan kepada Real Madrid serta Manchester City sebelum seri dengan Chelsea dan Arsenal.

"Selepas 7-0 saya tidak pasti jika anda tahu untuk menangani keadaan selepas itu. Anda rasa yang semuanya baik, sudah mula menjaringkan gol, kemudian anda sedar ia tidak seperti diharapkan," kata Klopp

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2023 @ 2:17 PM