SALAH (tengah) menjaringkan gol keenam untuk Liverpool. FOTO Reuters
SALAH (tengah) menjaringkan gol keenam untuk Liverpool. FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamed Salah semuanya menjaringkan dua gol ketika Liverpool mengenepikan musim mengecewakan mereka dengan membelasah Manchester United 7-0 di Anfield, awal pagi tadi.

Anak buah Jurgen Klopp mencipta rekod kemenangan baharu untuk pertembungan antara dua kelab paling berjaya dalam bola sepak Inggeris.

"Ia adalah salah satu persembahan terbaik selepas sekian lama. Semua dapat melihat apa yang boleh dilakukan oleh barisan pemain.

"Separuh masa kedua sangat baik. Sejak saat itu kami terus cemerlang dan ia benar-benar sukar untuk bermain menentang kami.

"Semua orang perlu tahu kami masih ada. Itulah yang harus kita lakukan mulai sekarang," kata Klopp.

Hanya kekalahan kedua dalam 23 perlawanan di semua pertandingan, namun secara realistik ia menamatkan harapan United untuk merangkul kejuaraan liga buat kali pertama dalam tempoh sedekad apabila kekal 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

"Keputusan perlawanan ini sangat jelas. Ia tidak profesional.

"Ada banyak perkara yang membuatkan saya marah. Untuk dibolosi dengan jaringan mudah adalah salah satu daripadanya," kata pengurus United, Erik ten Hag.

Liverpool kini hanya kurang tiga mata di belakang Tottenham di tangga keempat dengan kurang satu perlawanan berbanding Spurs.

Skuad bimbingan Klopp memenangi dua pertemuan liga antara pasukan dengan agregat 9-0 musim lalu, tetapi ia jelas berbeza musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2023 @ 7:10 AM