KLOPP raikan gol penyamaan Liverpool. FOTO Reuters
KLOPP raikan gol penyamaan Liverpool. FOTO Reuters
AFP

Manchester: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan keputusan seri 2-2 ketika menentang Manchester City sebagai paling sukar antara dua pemburu kejuaraan dengan kedua-dua belah pihak tidak boleh leka biarpun satu saat.

Kevin De Bruyne memastikan juara bertahan City mendahului pada minit kelima di Stadium Etihad namun Diogo Jota menyamakan kedudukan lapan minit selepas untuk untuk Reds yang kini di menghuni tangga kedua liga.

Gabriel Jesus kembali meletakkan City di hadapan sebelum rehat namun Sadio Mane meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-30 dengan gol penyamaan kedua buat skuad Klopp.

Raheem Sterling kemudiannya menyangka dia meletakkan City di hadapan buat kali ketiga mengatasi bekas kelabnya namun ia di nafikan apabila VAR memutuskan kedudukan ofsaid selain rembatan pemain gantian Riyad Mahrez turut melepasi palang gol.

Keputusan itu menamatkan rentetan 10 kemenangan Liverpool dan memberikan kelebihan satu mata buat City dengan saingan berbaki tujuh perlawanan lagi.

"Perlawanan yang sungguh menarik. Mencabar. Permulaan yang baik untuk City tapi anda boleh menggambarkan ia seperti pertarungan tinju. Jika tangan anda turun anda terkena tumbukan.

"Anda boleh menarik nafas lega sebentar dan kemudian tumbukan seterusnya datang dari pihak lawan. Saya suka banyak perkara, apabila kami bermain hantaran mudah kami amat berbahaya dan begitulah cara kami menjaringkan gol.

"Ia perlawanan yang hebat dan keputusan yang sewajarnya. Kami perlu menerima keputusan itu, dan berpuas hati dengannya," kata Klopp

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2022 @ 8:04 AM