PEMBEDAHAN akan diketuai oleh pakar dari London. FOTO AFP
PEMBEDAHAN akan diketuai oleh pakar dari London. FOTO AFP
AFP

Doha: Pembedahan buku lali penyerang Brazil, Neymar di Qatar akan diketuai oleh pakar British kata Aspetar hospital.

Pihak hospital mengesahkan penyerang Paris Saint-Germain berusia 31 tahun itu akan dibedah di klinik perubatan sukan yang akan diketuai James Calder.

"Pakar bedah terkenal Aspetar, Profesor Pieter D'Hooghe dan pakar bedah terkenal Profesor James Calder dari London akan melakukan pembedahan itu," jelas kenyataan itu.

Pemain Brazil itu sebelum ini di rawat di Aspetar dengan Calder turut terbabit dalam rawatan berkenaan yang berlaku pada Januari 2019.

Neymar dijangka terlepas aksi sehingga empat bulan dan mungkin baki keseluruhan musim ini.

"Saya akan kembali lebih kuat," kata Neymar yang menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan untuk PSG musim ini, di Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2023 @ 6:03 PM