TINDAKAN meludah berpotensi untuk mendapat kad kuning. FOTO Agensi
TINDAKAN meludah berpotensi untuk mendapat kad kuning. FOTO Agensi
Agensi

PEMAIN boleh dilayangkan kad kuning jika meludah di atas padang apabila aksi bola sepak bersambung semula dengan Jawatankuasa Perubatan FIFA memberi amaran perbuatan itu berpotensi menyebarkan pandemik Covid-19.

Dengan bola sepak di Eropah mula untuk kembali beraksi, timbul kebimbangan berhubung tindakan pemain meludah di atas padang.

Kerap kali pemain dilihat melakukan perbuatan itu tetapi Pengerusi Jawatankuasa Perubatan FIFA, Michel D'Hooghe menegaskan ia perlu dihentikan.

"Ia adalah perbuatan yang biasa dilakukan di dalam bola sepak dan tidak bagus," katanya.

"Jadi apabila bola sepak bersambung semula, saya rasa kami perlu mengelak perbuatan meludah itu daripada berlaku.

"Persoalannya adalah sama ada tindakan boleh dilakukan. Mungkin pengadil boleh memberikan hukuman kad kuning.

"Tindakan meludah boleh menyebarkan virus. Inilah sebabnya mengapa kami perlu berhati-hati sebelum memulakan semula aksi bola sepak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 11:46 PM