DOKTOR cuba mencabut pisau berkenaan. - Agensi
DOKTOR cuba mencabut pisau berkenaan. - Agensi
Agensi

Aracruz (Brazil): Doktor di sebuah hospital di sini berjaya mencabut pisau yang terbenam pada muka seorang lelaki mabuk.

Lelaki berusia 28 tahun itu dilaporkan keluar dari hospital itu beberapa jam selepas menjalani pembedahan yang dianggap mengerikan itu.

Rakaman prosedur pembedahan yang diketuai Dr Diego Rocha Moreira dan dimuat naik ke Internet menunjukkan pakar bedah mencabut pisau sepanjang 20 sentimeter berkenaan yang terbenam di dalam tulang pipi menerusi sisi hidungnya.

Seorang pakar bedah dilihat mengenggam hulu pisau itu sebelum menggunakan segala kekuatannya untuk mencabut senjata itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2016 @ 6:42 AM