CASEMIRO dilayangkan kad merah ketika bertemu Crystal Palace. FOTO The Sun
CASEMIRO dilayangkan kad merah ketika bertemu Crystal Palace. FOTO The Sun
Agensi

London: Peminat Manchester United yakin bahawa kad merah yang diraih Casemiro akan dibatalkan selepas muncul rakaman terbaharu mengenai ketegangan dengannya Will Hughes.

Pemain Brazil itu diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan Andre Marriner selepas pemeriksaan VAR menunjukkan dia memegang leher pemain tengah Crystal Palace.

Kad merah itu menyaksikan Casemiro akan terlepas tiga perlawanan domestik United seterusnya iaitu menentang Leeds di tempat sendiri dan tempat lawan selain perlawanan menentang Leicester City.

Bagaimanapun, penyokong United kini berharap penggantungan itu dapat dibatalkan selepas rakaman peminat menunjukkan sisi berbeza perbalahan itu.

Rakaman itu menunjukkan Casemiro dan Hughes mentertawakan insiden itu selepas pergelutan antara kedua-dia pihak berakhir.

Dengan aksi kedua-duanya, peminat yakin tiada pergelutan ganas yang berlaku.

Seorang tweet: "Saya rasa ia akan berubah jika United membuat rayuan."

Tweet kedua menulis: "Apa ini. Casemiro dan Hughes sedang ketawa mengenainya."

Komen ketiga: "Ini mesti menjadi kes pertama di mana seorang pemain dibuang padang kerana melakukan keganasan dan pemain yang 'diserang' tidak bertindak balas dan kemudiannya memeluk penyerangnya."

Yang keempat berkata: "Ayuh, itu bukan kelakuan ganas dalam apa jua bentuk atau perkara."

Komen kelima berkata: "Tanpa mengetahui jika seseorang menunjukkan anda mengenai perkara ini dan memberi tahu anda seseorang pemain terbabit, hukuman kad merah terus diberikan dan larangan tiga perlawanan. Anda tidak meneka ia adalah Casemiro.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2023 @ 1:51 PM