RONALDO (kiri) pada perlawanan menentang Al Ittihad di Stadium Antarabangsa King Fahd, Khamis lalu. FOTO Reuters
RONALDO (kiri) pada perlawanan menentang Al Ittihad di Stadium Antarabangsa King Fahd, Khamis lalu. FOTO Reuters
Agensi

London: Jurulatih Cristiano Ronaldo di Al-Nassr mendakwa, penyerang itu akan 'kembali bermain di Eropah' sebelum bersara daripada bola sepak.

Penyerang bintang itu mengesahkan perpindahan ke kelab Arab Saudi itu, bulan lalu, tetapi khabar angin mengenai masa depannya sudah mula diperkatakan.

Kali, jurulatihnya sendiri, Rudi Garcia menambah kehangatan apabila mendakwa pemenang lima kali Ballon d'or itu akan menghabiskan musim terakhirnya di Eropah sebelum menggantung but.

Menurut SPORT, ketua jurulatih Al-Nassr itu berkata: "Cristiano Ronaldo adalah tambahan yang positif kerana dia sentiasa menyukarkan pertahanan.

Pengendali berusia 58 tahun itu berkata: "Dia (Ronaldo) adalah seorang daripada pemain terbaik di dunia. Dia tidak akan menamatkan karier di Al-Nassr, dia akan kembali ke Eropah."

Garcia berkata demikian selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Al Ittihad pada separuh akhir Piala Super Arab ketika Ronaldo gagal mencetak jaringan.

Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu belum menjaringkan gol bersama kelabnya dalam Saudi Pro League selepas beraksi sekali dalam aksi kompetitif.

Jadual perlawanan seterusnya buat Al-Nassr ialah berkunjung ke Al Fateh pada Jumaat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 1:00 PM