CIRI ‘Low Speed Follow’.
CIRI ‘Low Speed Follow’.
Lizam Ridzuan


SELEPAS pelancarannya pada 2021, Honda City Hatchback terjual lebih 28,700 unit dan menjadi pendahulu untuk segmen model ini bagi jenama bukan nasional di Malaysia.

Selepas tiga tahun, ia bakal ditawarkan dengan model baharu dengan beberapa penambahbaikan pada kemasan luaran dan dalaman yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata model ini buat pertama kali ditawarkan oleh Honda Malaysia dalam pasaran di negara ini dan ia menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

"Selain rekaan yang menarik, teknologi termaju dan elemen praktikal yang ditawarkan pada kenderaan ia menjadi pilihan pembeli yang mahukan sebuah model kompak bergaya," katanya menerusi siaran media baru-baru ini.

Honda City Hatchback adalah model kedua yang menerima teknologi e:HEV selepas Honda City sedan dan ia menyumbang sebanyak 16 peratus daripada keseluruhan jualan Honda di Malaysia setakat ini.

Pada tahun lalu City Hatchback terjual sebanyak 10,300 unit dan permintaan serta minat pelanggan terus bertambah dari tahun ke tahun.

Untuk model baharu ini ia akan menerima penambahbaikan daripada kemasan luaran terutama untuk varian e:HEV RS menerusi rekaan gril 'honeycomb' dan gril bawah serta rekaan bampar yang lebih agresif serta kemasan pada lampu kabus.

Ia juga dengan kemasan baharu pada bawah bampar belakang, dan sill pintu baharu yang menambah gaya dan rim aloi 16 inci Hitam Berlina melengkapi sentuhan lebih sporty.

Untuk enjin varian RS dijana dengan 1.5L e:HEV yang menghemburkan kuasa 121PS dan tork 145Nm dengan enjin yang menawarkan ciri prestasi dan pengunaan bahan api efisien.

Honda City Hatchback juga dengan ciri keselamatan dan bantu pemanduan termaju dengan Honda Sensing menerusi ciri Notifikasi Pergerakan Kenderaan Hadapan (LCDN) dan untuk e:HEV RS dengan ciri 'Low Speed Follow (LSF) bagi ciri keselesaan tambahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 6:45 AM