MANE (kiri) berentap dengan pertahanan  Manchester City Joao Cancelo dalam aksi persahabatan  Manchester City di Tokyo, kelmarin.
MANE (kiri) berentap dengan pertahanan Manchester City Joao Cancelo dalam aksi persahabatan Manchester City di Tokyo, kelmarin.
Agensi

London: Wartawan bola sepak terkenal Fabrizio Romano mendedahkan kelab Cristiano Ronaldo Al-Nassr kini sedang rancak berunding dengan Bayern Munich untuk menandatangani Sadio Mane.

Rundingan itu dijangka berlarutan beberapa hari lagi bagi memuktamadkan perjanjian.

Menurut SportsZone (menerusi GFFN), Al-Nassr berminat mendapatkan bekas penyerang Liverpool itu selepas tercetus spekulasi dia mungkin beraksi di Liga Pro Saudi pada musim panas ini.

Di sebalik minat ditunjukkan oleh Al Ettifaq dan Al Ahli pada awal jendela perpindahan, Mane berhasrat kekal di Bayern Munich dan beraksi di Liga Juara-Juara.

Tetapi Bayern Munich sedia melepaskan penyerang berusia 31 tahun itu yang berpindah dari Liverpool tahun lalu. Wakil pemain itu mula mencari pasukan pilihan di Arab Saudi dan beraksi bersama Cristiano Ronaldo di Al-Nassr menjadi destinasi berpotensi.

Ketika rundingan rancak berjalan, masa depan Mane masih lagi tak menentu. Tidak dapat dipastikan sama dia bersetuju berpindah ke Al-Nassr atau menyambung kembali karier bersama Bayern Munich di Bundesliga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 11:58 AM