DIUJI dengan jentera talaan Brabus.
DIUJI dengan jentera talaan Brabus.
Lizam Ridzuan


BUAT julung kalinya tayar sporty khusus untuk pasaran Asia Pasifik (APAC) diuji menerusi model lagenda Brabus di pusat ujian jenama tayar itu di Contidrom, Jerman.

Tayar Continental MaxContact MC7 dipasang pada model Brabus 750 Bodo Buschmann Edisi 1 adalah daripada 25 yang dikeluarkan di seluruh dunia dengan keupayaan tenaga torknya sehingga 900Nm.

Tayar hadapan dipadankan dengan saiz 275/35R21 dan belakang 315/30R21 dipandu dengan kendalian yang maksimum bagi membuktikan prestasi terbaik pada tayar dapat diuji sepenuhnya.

Ketua Continental bagi Tayar Penggantian Kawasan Perniagaan APAC, Dalibor Kalina berkata mereka sentiasa teruja dengan kerjasama baharu dalam perkongsian yang terjalin sejak sekian lama dengan Brabus yang juga sebagai komitmen terhadap prestasi.

"MaxContact MC7 baharu adalah untuk pemandu yang ingin merasai pengalaman pemanduan harian secara maksimum dan dinamik serta memasang tayar pada kenderaan yang berprestasi juga ikonik seperti itu adalah bukti penting akan keupayaan tayar model ini," katanya.

Edisi 1 adalah ciri kejuteraan prestasi terbaik dengan jentera itu yang mampu memecut dari sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 3.3 saat serta kelajuan maksimum sehingga 315 km/j adalah yang sesuai buat menguji tayar ini.

Ia direka bentuk Cornering Macroblocks yang unik dan Kompaun ReFlex membantu MaxContact MC7 mencapai kebolehsesuaian yang luar biasa dan cengkaman lebih baik pada permukaan jalan.

Melalui ciri memaksimumkan kawasan sentuhan dengan jalan, ia juga bertujuan bagi mengagihkan tenaga ke bahagian tayar yang lain untuk pengendalian yang lebih terkawal.

Selain itu ia juga menawarkan kestabilan lebih baik apabila pemandu mengambil selekoh lebih tajam walaupun pada kelajuan yang lebih tinggi.

Permukaan tayar ini juga membantu cengkaman brek lebih pendek untuk memastikan pemanduan yang stabil dan selamat serta elemen 3D Laser-cut Sipers untuk pembrekan lebih baik dalam keadaan basah dan mengeluarkan air mengalir melalui alur tayar dengan cepat.

Teknologi silika dalam sebatian ReFlex meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba apabila membrek, sekali gus membawa kepada jarak membrek yang lebih pendek di jalan raya kering dan basah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 6:55 AM