UNITED lakar kemenangan ketiga berturut-turut tanpa Ronaldo. -FOTO Reuters
UNITED lakar kemenangan ketiga berturut-turut tanpa Ronaldo. -FOTO Reuters
Agensi

London: Erik ten Hag menolak untuk memberi sebarang komen mengenai perpindahan Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi selepas Manchester United meraih kemenangan ke atas Wolves.

Ronaldo memuktamadkan perpindahannya ke kelab Arab Saudi Al-Nassr menandatangani kontrak sehingga 2025 dengan nilai yang dianggarkan £173 juta setahun (RM916.43 juta).

Setakat ini United sudah membuktikan mereka tidak memerlukan Ronaldo apabila Marcus Rashford menjaringkan gol ketiganya berturut-turut sejak Piala Dunia untuk menewaskan Wolves 1-0.

Ten Hag menyingkirkan Ronaldo selepas dia berkata dia merasa "dikhianati" oleh kelab itu,

"Saya tidak bercakap mengenai masa lalu, mari kita bercakap tentang masa depan," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kelab baharu Ronaldo. "Kami melakukan aksi dengan baik hari ini.

"Pertama kali kami berada dalam kelompok empat teratas tetapi ia tidak bermakna kerana perjalanan kami masih jauh. Kami perlu hidup dari satu perlawanan ke satu perlawanan, mendapatkan kedudukan yang bagus untuk memenangi sesuatu."

United melonjak ke kedudukan keempat liga selepas meraih kemenangan ketiga berturut-turut.

Mereka seterusnya akan melayan kunjungan Bournemouth pada 3 Januari.

Sementara itu eminat Al-Nassr mula beratur untuk mendapatkan jersi nombor 7 Cristiano Ronaldo susulan perpindahan bintang Portugal itu ke kelab Arab Saudi.

Perpindahan Ronaldo ke Al-Nassr, yang menyaksikan dia akan dibayar 175 juta pound (RM770.5 juta) setahun, diumumkan kelmarin.

Al-Nassr tidak menunggu lama untuk mencetak barangan berkait Ronaldo selepas perpindahannya disahkan, dan peminat mula bergambar dengan jersi yang tertera nama serta nombor pemain baharu mereka itu.

Ronaldo menjadi ejen bebas sejak beberapa minggu lalu selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 12:05 PM